Sahsiah Berbitara





Pada hari khamis yang lalu, Persatuan Siswazah Sabah cawangan Labuan telah mengadakan satu program kerjasama dengan panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kerupang iaitu program Pembangunan sahsiah pelajar khas untuk pelajar Tahun 5 & 6.

Usaha ini merupakan usaha yang dibuat untuk memberi pendedahan awal kepada adik2 sekolah rendah akan kepentingan sahsiah dan ilmu untuk mendepani masa depan yag penuh dengan cabaran. Ini merupakan titik tolak untuk kita terus membantu adik2 di Pulau Labuan ini agar menjadi generasi pembawa kegemilangan Islam. Semoga butir permata ni terus bersinar.

Antara pengisiannya adalah slot warming up,slot motivasi belajar khusus penekanan tentang kenapa perlunya menghargai ilmu dan keadaan mereka sekarang dan yang terakhir adalah slot Akhlak yang mengkhususkan kepada rasa bertuhan yang mahu diwujudkan dalam diri..Program yang hanya mengambil masa kira2 6jam ini mendapat respon yang baik dari PK HEM dan guru2. Semoaga Usaha kecil ini dapat dinilai disisi ALLAH dan menjadi pemangkin untuk kita terus berjuang dan kita berdoa agar generasi ini yang akan dilahirkan ini adalah generasi sahsiah berbitara.

Ayah...



Handphone berbunyi menandakan pesanan teks masuk...
rupanya mesej dari seorang yang sangat disayangi dan dirindui....
Ayah.....

Ziarah Madani kedua Berjalan Lancar

ZIARAH MADANI MENDAPAT SAMBUTAN BAIK
OLEH: MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOR

LABUAN 07 November - Persatuan Siswazah Sabah (Cawangan Labuan) hari ini telah berjaya mengadakan Program Ziarah Madani. Program yang disertai kira-kira 8 penggerak PSSL itu diketuai oleh Harieyadi Karminselaku Ketua Rombongan Ziarah Madani.

Antara objektif program tersebut ialah mengeratkan hubungan silaturrahim antara penggerak PSSL bersama para peserta dan ahli keluarga peserta. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga, dapat menunjukkan semangat persaudaraan dan memahami situasi keperluan dakwah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Abg Hafiz (baju merah) Jumat duduk bersama adik Khairul Anwar

Menurut Harieyadi, penganjuran kali kedua Ziarah Madani ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan keluarga para peserta.

Duduk minum bersama

"Ziarah Madani ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan kita (PSSL) akan meneruskan program ini dari semasa ke semasa", katanya selepas selesai mengetuai misi rombongan terbabit.




Ahmad (jaket hitam) menyerahkan buah tangan berbentuk buku dan sijil kepada adik Syah

Ziarah Madani yang dianjurkan buat kali kedua ini telah mengunjungi tujuh (7) buah rumah para peserta disamping menghulurkan sumbangan ikhlas daripada PSSL. Turut menyertai ziarah tersebut ialah Ahmad Aminuddin Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja), dan Adzmin Awang (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Kemasyarakatan).

link : http://siswazabahlabuan.blogspot.com/

All muslims One Hand




Kenapa kita perlu kesatuan?
Apa impak kesatuan?
Apa kesan kita xbersatu?

Untuk semua yang disayangi.....

Waktu dulu-dulu




Lagu ini menjadi kenangan di masa silam...Lagu inilah yang selalu bermain dibibir arwah ibu sewaktu mendodoikan saya dulu...rindu saat dulu-dulu..dan ibu sempat bagitahu, teluk bayur nie la kampung halamannya..
Kalau mau diceritakan kisah ibu disini, xhabis mungkin...namun, ibu la orang yang banyak memberi kami anak-anaknya kekuatan untuk meneruskan hidup walaupun sudah 8tahun ibu meninggalkan kami,sama jugak dengan ibu2 yang lain..ibu mana yang tidak sayangkan anaknya sendiri...Semoga allahyarhamah Suminah Bte Sirsan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang soleh..

Kadang-kala perlu bagi kita menoleh masa silam..untuk mengambil pengalaman dan iktibar berdasarkan apa yang berlaku.. Dan pengaplikasian perlu dilaksanakan agar seni ilmu yang diperolehi dapat diamalkan demi kepentingan bersama.

tentang bulan...?

Suatu malam antara maghrib dengan isyak... terasa berat kaki nie nak melangkah, astagfirullah ala'zim... namun ku gagah jua kaki ini untuk melangkah pergi, pergi, pergi, pergi ke mana...? pergi masjid bha... (itu lah godaan setan tapi bukan i-setan kat klcc tue, ini setan laknatullah bha) rupa-rupanya ada hikmahnya di sebalik kemalasan itu... kalau aku malas tadi,mesti ak tak dapat nak saksikan salah satu kebesaran Allah Ta'ala, sangat cantik sangat indah sangat terpegun hati ini menatap...



itulah BULAN, malam ini bulan mengambang penuh tanpa awan disisi tampak cahaya bulan yang bersinar megah, subahanAllah... sangat cantik kegelapan yang Allah kirimkan ditemani dengan rembulan yang mengambang... fikiran ku terus menerus melayari imbasan kenangan, bila sebut TENTANG BULAN, ada 1001 cerita tentangnya, contohnya citer sailormoon "dengan kuasa bulan, akan menghukum mu... hi3", citer pasal pompuan datang bulan, ehemm..., lirik lagu "bulan itu, bulan cinta..." atau "malam bulan di pagar bintang..." ala citer p.ramlee tue... , badan ko-kurikulum sekolan bulan sabit merah, apa lagi pasal bulan ye... ha ada satu lagi pasal parti politik "kita dok ramai-ramai pangkah bulan...", dan banyak lagilah pasal bulan nie (pikir sendiri), tapi apa yang ingin ku fokuskan kat cini adalah bila negok bulan nie teringat kat Baginda Rasulullah s.a.w, bila waktu malam dikatakan bahawa wajah baginda bercahaya bak pulan purnama... dan salah stu mukjizat Baginda s.a.w ialah bulan terbelah dua... sekian tentang bulan...

Dalam sedar dan Tak sedar

Dalam keadaan separuh sedar dalam keheningan malam membawa aku berlayar ke dunia khayalan... memikirkan banyak perkara... perkara yang telah berlaku... perkara yang bakal berlaku...

Keluarga?
Sahabat?
Diri?

Perasaan, kemahuan, kesediaan... ungkapan mudah yang besar maknanya.. semua perkara di atas memerlukan nya... Kadang-kala perlu utk kita korbankan perasaan walaupun pedih..kdang-kala perlu untuk kita membina mahu utk lakukan perubahan walaupun payah.. kadang-kala kita perlu bersedia menerima perubahan dan berdepan dugaan.., Kenapa kadang-kala?

Kerana...
utk dapatkan 'selalu' amat sukar..atas keegoan dan dinding yang menebal di dalam diri...
Diri yang sentiasa alpa dan leka dalam kesenangan...ingin menangisi mohon diberikan tunjuk jalan yang baik, namun bila diberikan cubaan untuk mendidik kematangan diri menjadi lemah takut mendepaninya...
Hampir setiap hari berbicara tentang perjuangan dan difahamkan tentangnya...Aku bukanlah orang yg layak omong tentangnya. tetapi diri ini dapat merasa berada dalam laluannya...
dan merasa nikmatnya walaupun dugaan yang dihadapi mungkin seperti habuk dicelah kuku...

Bina keyakinan untuk kematangan gerak kerja...Hadapi semua untuk terus kuat dan tabah... Korbankan lah jurang untuk kita terus bersama... Keyakinan dan optimistik tetap ada utkmu..teruskan perjuangan untuk Islam...
Semoga kita terus istiqamah dalam gerak kerja ini..

Pro Mahasiswa?

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus UniPerdana. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!

Mengapa PRO-MAHASISWA?
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat,, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA!

“Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”

Sejarah PRO-MAHASISWA.
PRO-MAHASISWA merupakan jaringan kelompok-kelompok mahasiswa yang mempunyai idealisma dan membawa tema perjuangan mahasiswa. Sebelum ini mereka dikenali sebagai ‘GAGASAN’. ‘GAGASAN’ yang mana pertubuhan yang menghimpunkan kelompok-kelompok mahasiswa beridealisma telah memegang tampuk kepimpinan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan hampir 3 tahun sejak tahun 2006 sehingga 2007. Di dalam tempoh kepimpinan ini banyak rekod-rekod cemerlang telah ditunjukkan oleh kelompok ini misalnya memperjuangkan kewujudan sistem pendaftaran subjek secara online, pendaftaran pelajar baru yang dipusatkan di Dewan Utama, sistem penyelarasan dan penambahbaikan wayerless, memperjuangkan kemudahan pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Pada tahun ini mereka berusaha untuk kembali memimpin mahasiswa dengan penyertaan dalam pilihanraya kampus. Kini ‘GAGASAN’ muncul dengan wajah baru yang lebih progresif, intelek, responsif, dan berani iaitu dengan nama PRO-MAHASISWA!

SLOGAN PRO-MAHASISWA

WE UNITE FOR STUDENT! – iaitu perjuangan untuk memartabatkan dan meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan sebagai Universiti Perdana melalui semangat CINTAKAN universiti.

NEW GENERATION FOR NEW UMSKAL – bertujuan melahirkan generasi mahasiswa UMS-KAL yang mempunyai corak pemikiran, dan inspirasi perjuangan yang lebih segar, bebas, demokratik, dan maju yang mana mereka akan mampu mencorakkan suasana dan prestasi universiti ke arah yang lebih baik dari sudut akademik dan sosio-politik.

STUDENT POWER! – slogan keramat yang melambangkan bahawa mahasiswa merupakan kelompok yang mampu berperanan secara efektif dan berkuasa mencetuskan arus perubahan untuk memperbaiki keadaan masyarakat samada di kampus ataupun masyarakat di luar.

Imej PRO-MAHASISWA.

INTELEK – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentisa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta. PRO-MAHASISWA juga memperjuangkan kebebasan akademik di UMS-KAL.

RESPONSIF – sentiasa peka, sensitif serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan keintelektualan, kebajikan, dan kemaslahatan mahasiswa.

ENERGETIK – sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung mahasiswa.

Logo PRO-MAHASISWA

- mempunyai slogan utama PRO-MAHASISWA – ‘We Unite For Student UMS-KAL
- gambar mahasiswa - mengangkat sebelah tangan - melambangkan imej perjuangan PRO-MAHASISWA – intelek, responsif, energetik.
- Gambar mahasiswa di sisi lambang UMS – simbol perjuangan mahasiswa memartabatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan

Ikon PRO-MAHASISWA.

- Imej yang melambangkan tema-tema perjuangan PRO-MAHASISWA seperti intelek ( memakai topi graduate dan berkaca mata), responsif ( sentiasa mempunyai pendapat kritis dan respon mengenai isu semasa kampus – di dalam edisi mahasiswa), dan juga energetik (gaya, kasut sukan dan baju yang santai).

Revolusi Bola Sepak Jepun....guna teropong

Alhamdulillah ke hadrat ALLAH masih dibereikan kesempatan untuk membuat perubahan dalam laman blog ini walaupun dah lama tertinggal..Tidak tahan melihat sahabat lain yang semakin giat dan pantas menekan butang keyboard mencerna idea dan pandangan dalam laman peliharaan masing2.. Teruskan usaha antum untuk mencerna dan memancarkan idea yang boleh memberikan manfaat pada semua...


Petang Sabtu yang lalu berkesempatan untuk turun bersama adik-adik mempamerkan kehebatan di pusat boling Labuan..Namun, disebalik kegembiraan yang terpamer di muka sahabat, timbul perasaan simpati dan hiba melihat keadaan anak muda Labuan yang semakin jauh dari nur iman.. Sebelum kaki melangkah pulang, kami terserempak dengan sekumpulan anak muda yang berkumpul di bus stop depan UK..ada yang tengah berdiri sambil ditangan memegang botol arak.. dan ada yang tengah duduk menikmatan air kencing syaitan itu..malah ada yang sudah terbaring...itulah hasilnya bila tiada pengawalan sama ada dari diri mahupun orang2 yang bertanggungjawab...nnt saya akan usahakan untuk posting gambar yang sempat kami ambil sebab sekarang gambar tu ada pada Adik Aboo.. Itulah faktor penguat untuk teruskan gerakkan dakwah di bumi Labuan ini.. Kerana kita tidak mahu generasi penerus yang mendatang di Labuan akan musnah begitu sahaja..

Hari Ahad, seperti kebiasaannya, kami smeua akan berkumpul di PP selepas solat asar di MAsjid..Mendengar gelak ketawa sahabat, dan melihat beragam perangai sahabat..sangat terhibur dan menjadi faktor kekuatan untuk meneruskan perjuangan kerana mereka lah keluargaku disini... Tiba-tiba handphone Hakim berbunyi, pangggilan masuk..
kebetulan saya yang berada dekat dengan handphone Hakim, terus menyerahkan handpone tersebut..panggilan dari mak nya..tidak berapa la kemudian dia masuk dengan muka selamba..langsung tidak menggambarkan apa2 yang berlaku..kami semua dipahamkan oleh hasli, yang ayah hakim telah kembali ke rahmatullah.. semua terkejut mendengar..
sahabat2 dan saya membantu menguruskan penerbangan baliknya, setelah semua selesai, hakim hanya boleh balik pada hari Isnin pagi.
Airmata pertama dapat saya lihat jatuh dipipi haim pada subuh semasa berjalan menuju ke masjid..ketabahan sangat terpancar dimukanya..walaupun saya tahu apa yang dirasainya kerana saya h\juga pernah alami..sejurus sahaja selesai solat subuh, saya, hasli, boy, sut dan raman menghantar hakim ke airport dan menemani dia sehingga penerbangannya pada jam 7.45pagi...
Takziah diucapkan untuk adikku Hakim..semoga roh ayahandamu ditempatkan bersama roh mereka yang soleh..kita yang masih hidup ini harus terus meneruskan hidup dan harus terus bersyukur kerana masih diberi kesempatan menanam untuk hasil akhirat kelak..teruskan perjuangan..

dan minggu ini bermula lah sudah perjuangan dalam exam..salam imtihan buat semua...semoga semuanya lulus dan berjaya di dunia dan akhirat...

Senyum untuk teruskan......

Futsal Inter SM

Telah berlangsung futsal Inter Sekretariat Masjid Al-Hikmah. Perlawanan ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli. Ianya juga merupakan usaha membawa sahabat-sahabat untuk bersenam...hehe



Aksi perlawanan


alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pada penghujung program bumi KAL sekali lagi dituruni rahmat air dari ALLAH SWT. Tahniah diucapkan kepada Presiden yang telah bertungkus lumus memastikan ahli-ahli turun menjayakan program...



Team Sortie

Juara Pertandingan Futsal Inter SM..hehe


Semoga program sepertu ini dapat diteruskan di masa akan datang malah boleh dipergiat dan dibesarkan skop untuk penyebarluasan dakwah kepada masyarakat umumnya dan UMSKAL khasnya...

Edisi Khas "URDU"

Dalam mencari kelainan untuk laman ini, kerancakkan melayari blog2 dan web2 yang berkenaan telah berlangsung sejak dari pagi tadi lagi. Namun, kelainan yang ditemui muncul pada petangnya selepas waktu zuhur. Itu pun bukan dari blog2 atau web2 yang dicari, ianya muncul dari kedatangan hero Urdu UMSKAL yang bertandang ke bilik Presiden SM tempat saya masuk ke dalam alam maya sejak tadi. Kali ini mari kita belajar sedikit untuk bertutur dalam bahasa Urdu...

Urdu ek aise zubaan hai jo ki Indo-Aryan ki zubaan say taluk miltey hai. Urdu ki aksiriat Pakistan aur Hindustan main shumaar hain. Yeh zubaan takriban ek Erab logon main boley jati hai. USA, UK, UAE, mein bohot se Urdu bolnay walay log rehte hain. Urdu aur Hindi bhasha kareb kareb miltey jultay hain. Bar-e-Saghir Hindustan mein Urdu zubaan ka janam hua. Kitabi Urdu ki jo phonology Hindi say kafi ek jaise hain. Is kay jo usuli aur bunyadi alfaaz Arabi aur Farsi say payda hue.


Maksud dalam BM
"Bahasa Urdu adalah bahasa yang berasal daripada rumpun bahasa Indo-Aryan. Majoriti penutur bahasa ini terdapat di negara Pakistan & India. Di USA, UK, UAE, kebanyakkan penutur bahasa ini terdiri daripada segmen-segmen masyarakat yang bekerja di negara2 tersebut. Urdu & Hindi mempunyai persamaan yang ketara. Sejaraj bahasa ini bermula di Benua Kecil India (India).
Tatabahasa & gaya sebutan bahasa ini hampir serupa dengan Hindi. Sumber2 perkataan dasarbahasa ini berasal daripada bahasa Asing lain iaitu Bahasa Arab dan juga Bahasa Parsi/Farsi."

Nantikan edisi khas kelainan yang akan datang

Tahniah!!! KPPI UMSKAL 2009 Tamat Dengan Jayanya

Pada hari ahad yang lalu telah berlangsung dengan jayanya majlis penutupan Kursus Pra Perkahwinan Islam UMSKAL 2009 kali kedua. Tahniah diucapkan kepada penganjur program iaitu Kelab Srikandi-MPPUMSKAL kerana telah melaksanakan program yang sangat bermenfaat kepada masyarakat.

calon-calon isteri


calon-calon suami

Pada program kali ini, Saudari Ilyanie Bte Ismail telah diamanahkan sebagai pengarah program dan katanya program pada kali ini lebih terjurus kepada mahasiswa. Namun kekangan berlaku apabila pada tarikh sama telah berlangsung banyak program di UMSKAL seperti Karnival Ko-kurikulum. Walaubagaimanapun, program tetap diteruskan sehingga akhirnya dan kebanyakan peserta atau calon suami dan calon isteri dari kalangan masyarakat luar kampus.


Gambar kenangan AJK Bersama wakil LTC dan BAHEIM


Apa sekalipun, tahniah diucapkan kepada AJK pelaksana program KPPI UMSKAL 2009 kerana kejayaan ini. Dan diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa-masa yang mendatang dan semoga usaha kecil ini mendapat nilaian yang besar disisi ALLAH SWT...

cerita dan semangat untuk pejuang

Hujung serbanku selalu basah.
Sering menjadi tempat aku mengelap mata.
Tidak sedikit tangisan yang tumpah di sepanjang liku perjalananku mengenal erti dakwah.
Apalah yang budak hingusan ini tahu tentang perjuangan?
Namun dalam usia yang berputik jagung, kusambut satu azam yang Allah campakkan ke hulu hati, agar tidak berpaling lagi.
Jika setiap hari, kebanyakan teman sebayaku asyik melayan Rock kapak dan hidup ketawa, aku dan segelintir ghuraba’ di medan itu dilatih oleh para murabbi agar bertanya pada setiap perjalanan masa, “hari ini, apa yang sudah kubuat untuk Allah?”
Ungkapan yang lebih enak dalam bahasa khalifah terakhirku, “bugun, Allah’icin ne yaptin?”

REALITI DAKWAH
Benar sekali nasihat Luqman kepada anaknya tatkala buah hati pengarang jantung itu diperkenalkan kepada perintah dakwah.
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah seolat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]
Diejek, dipulau, dijadikan bahan ketawa, semua itu menjadi makanan harian di sepanjang hari-hari awal diriku mengenal erti dakwah. Kehidupan yang sedemikian rupa, menjadikan usia remajaku, tidak mudah untuk ditoleh sebagai kenangan yang menguntumkan senyuman. Biar pun diriku cemerlang dalam merangkul anugerah akademik saban tahun, tetapi graf kehidupanku tidak ubah seperti catatan mesin mengukur gempa bumi yang turun naik pada skala Richter.
Setiap kali graf itu mendatar, aku didatangi rasa bimbang dan gelisah.
Pasti ada sesuatu yang bakal datang menguji.
Allah tidak lama membiarkan diriku alpa dengan keamanan kerana mungkin Dia Maha Tahu bahawa aku adalah manusia yang hanya boleh dibentuk dengan musibah dan ujian, bukan kesenangan dan keselesaan. Justeru setiap tahun mastautinku sebagai thalib al-’ilm di sekolah, ada sahaja perkara besar yang menimpa sampai aku lali dengan segalanya.

UJIAN YANG MENYELAMATKAN
Selayaknya aku memuji Allah.
Rupa-rupanya segala kesusahan itulah yang menyelamatkan aku dari fitnah kehidupan di usia muda. Kesakitan menanggung dakwah menyebabkan aku hilang selera pada keseronokan yang digilai rakan-rakan seusia. Aku tidak mampu mengecap rasa manisnya kerana seluruh reseptor pada tubuh badanku hanya mengenal hidangan satu rasa. Bukan manis dan bukan masin. Hanya pahit, perisa kebenaran.
Aku berjaya menempuhnya.
Zaman persekolahan sudah lama berlalu.
Ia bersambung dengan perjalanan yang tidak pernah meredakan jatuh bangun kehidupan yang penuh liku. Aku juga yakin, beginilah sebenarnya jambatan untuk sampai ke Syurga. Dunia penjara Mukmin, jalan ke Syurga penuh ranjau yang menjanjikan damai di hujung perjalanan.
Namun Allah tahu sakit dan sihat iman hamba-Nya. Tidak sekali-kali dibiarkan hamba-Nya diuji hingga melepasi tahap keupayaan diri. Sesekali akan Allah datangkan sinar gembira, terutamanya pada melihat generasi-generasi yang menyusul di belakang berjaya menyertai mata rantai jalan ini.
Ketika fitnah Jahiliyyah semakin menggila, Allah suka memberi petunjuk kepada kita bahawa biar sehitam mana sekali pun pekatnya malam, sentiasa ada kunang-kunang dan pelita yang menyala tabah di sana sini. Semuanya demi menyedarkan kita, bahawa tiada malam kecuali datang selepasnya siang.
Di antara khabar gembira itu, ada yang datang segera, ada yang ditangguhkan-Nya ke masa yang lebih bermakna.

PERTEMUAN YANG TIDAK DIDUGA
“Assalamualaikum. Hoi, kau tak kenal akukah?” tanya seorang lelaki yang memegang lenganku di sebuah pasar raya.
“Waalaikum al-Salaam. Muka sangat familiar. Tapi ana tak berapa ingat di mana kita bertemu,” saya berterus terang sambil menjawab salamnya.
“Kau memang tak ingat aku sebab kau tentu berusaha keras nak lupakan aku. Aku Karim, senior kau kat Izzuddin dulu,” katanya penuh semangat.
Lucu juga. Seorang aku engkau, seorang ana anta.
Aku tersenyum mendengar ulasannya bahawa dia pasti terhapus daripada ingatanku dek pengalaman aku bersamanya semasa di sekolah dulu. Karim (bukan nama sebenar) adalah di antara senior yang amat membenciku. Sebab itu wajar bagi beliau untuk aku tidak mengingatinya.
Kami berbual sedikit tentang perkembangan masing-masing. Katanya, beliau teragak-agak mahu menegurku sebab aku sudah menjadi selebriti! Tetapi dia gagahkan diri menegur kerana ada hajat yang mahu ditunaikan.
“Aku sebenarnya ada dua benda yang aku nak cakap dengan kau. Satu nak minta maaf, satu nak ucap terima kasih!” ujar Karim kepadaku.
“Err, lain betul bunyinya tu. Apa bendanya?” aku bertanya.
“Aku nak minta maaf pasal kotak Yeo’s!” katanya kepadaku.
“Hahaha!” aku tidak dapat menahan ketawa.
Peristiwa itu sudah aku lupakan tetapi tidak bagi Karim.

KISAH LAMA
Semasa aku di Tingkatan 4, aku menjadi Presiden BADAR pertama yang dilantik daripada kalangan pelajar Tingkatan 4. Selalunya jawatan penting ini disandang oleh senior di kelas STA1 atau Tingkatan 6 Rendah.
Karim yang sudah sekian lama membenciku, mungkin kebencian jadi bertambah-tambah dengan perlantikan itu.
Suatu petang, semasa aku berjalan sendirian di koridor menuju ke bilik Ketua Pelajar bagi memasang kaset alunan nasyid tanda menjelangnya Maghrib, aku dikejutkan sesuatu. Sebuah kotak air minuman Yeo’s yang masih separuh berisi jatuh dari tingkat atas tepat mengena dahiku. Sebahagian daripada air tebu sintetik itu tumpah ke mukaku dan dahiku sakit terkena bucu kotak itu.
Aku menoleh ke atas dan ternampak Karim ketawa melihat hasil kerjanya yang menjadi itu.
Hujung serban kutarik untuk mengusap muka yang basah.
Aku tidak pernah menceritakan kejadian ini kepada sesiapa kerana ia terlalu simbolik. Biar pun sekotak air yang dicampak ke muka, terlalu ringan jika mahu dibandingkan dengan kesengsaraan generasi dakwah yang silam, ia tetap menjadi kenangan yang amat simbolik dalam liku-liku hidupku mengenal dakwah. Kotak Yeo’s itu menjadi simbol kebencian Karim kepadaku, yang tidak pernah menginginkan apa-apa kepadanya kecuali kebaikan dan keselamatan dunia dan Akhirat.
“Ana dah tak ingat cerita tu!” aku tersenyum dan tersentuh dengan permohonan maaf Karim.
“Kedua, aku nak ucap terima kasih!” kata Karim lagi.
“Terima kasih sebab apa?” aku kehairanan.
“Masa di sekolah, macam-macam orang buat kat engkau. Tapi kau buat bodoh je. Kau cakap, cakap, dan cakap. Sebenarnya, bila aku dah keluar sekolah, sambung kat U, dah kahwin, jadi laki orang, jadi bapak orang, barulah aku tersedar, nak jadi orang… haha!” Karim bercerita dengan tawa bercampur rasa.
“Bila aku tersedar dan nak berubah, semua yang kau pernah cakap masa di sekolah dulu, sedikit sebanyak itulah yang aku pakai. Lagi pun banyak yang kau tulis kat blog. Aku silent reader!” Karim menyudahkan ceritanya.
Kata-kata Karim amat tulus dan ikhlas.
Aku hilang kata-kata dan sebak menahan gelora dada.

PUJI DAN PUJA UNTUK-MU
Ya Allah, ampunkan aku!
Aku pernah hampir berputus asa. Pernah menyoal di manakah kesudahan usahaku dan rakan-rakan menyeru manusia kepada-Mu. Seandainya aku berputus asa dan berhenti dari menyampai, rugilah Karim, rugilah aku, dunia dan Akhirat.
Tatkala pertemuan aku dan Karim setahun dua yang lalu berlaku tanpa diduga, aku sering menjadikan kisah ini sebagai kata perangsang buat generasi adik-adik yang sedang menyambung mata rantai dakwah di kampus dan sekolah. Jangan berputus asa, jangan kecewa dan berasa lemah tidak berupaya.
Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai.
Biar pun ia disambut dengan ejekan dan caci makian, ia sudah pun tembus ke telinga, mata, otak dan hatinya.
Dia mungkin meremehkannya di depan dirimu.
Namun akan sampai harinya, mutiara pemberianmu dikutipnya sebagai bekal menuju perubahan.
Berlapang dadalah kalian wahai adik-adik di medan dakwah.
Jalan itu memang begitu.
Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan.

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]

Terima kasih Karim.
Wallaahu Akram!



ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 AMPANG

Peringatan untuk diri dan semua

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
ituberada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you
will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
Pass on knowledge from me even if it is only one verse'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Naruto dan kasih sayang

Alhamdulillah, kesempatan masih diberikan ALLAH untuk kiita terus merasa kenikmatan hening pagi yang sangat menyenangkan. Tergerak plak hati ini mau mencoretkan dan menconteng sesuatu dalam laman ini. Sebenarnya banyak perkara yang bermain di minda, namun untuk menjaharkannya entah mana satu yang ingin dikongsikan. Teringat peristiwa yang berlaku semalam bersama-sama sahabat, terutama peristiwa kunci bilik sut atau nama manjanya surtie dipatahkan oleh ahmad bob. Peristiwa yang sangat lucu. yang lucunya, Ahmad bob telah mematahkan kunci tersebut dgn menggunakan badan. hehe.. macam2
kunci bilik sut yang patah

Kekuatan inilah yang selalunya dapat membantu untuk kita terus bersemangat dalam bergerak kerja memacu perjuangan yang telah diwarisi banyak genarasi. Sama macam naruto la. Bila menonton citer kartun Jepun yang sangat diminati ramai, jalan cerita yang sangat meruntun kepada persahabatan. Uzumaki naruto akan dapat kekuatan hasil daripada terkenang akan sahabat dan persahabatan, dikala dirinya hampir tewas. Dia dapat memangkin sepenuhnya semangat untuk dimobilasikan sebagai kekuatan yang sangat luar biasa. Ini semua hanya kerana satu dasar sahaja, iaitu atas dasar kasih sayang.





Dari aspek lain, mungkin ada yang terfikir dan berfikir tentang karya ini. Bilalah Malaysia mampu untuk menghasilkan kartun yang seperti itu. pergerakan yang smooth, imej yang baik, segalanya sangat berkesan dan mampu memukau para penonton. Dan sekiranya ini mampu kita lakukan, method dakwah kita juga akan meluas malah boleh sedikit mengimbangi unsur sekularisme yang semakin menular dimana2 dan terdedah kepada sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak.

Apapun, Naruto dan kisahnya telah dicoretkan sebagai cerita perjuangan. Dalam mencapai matlamat, kita tidak akan pernah terlepas dari dugaan dan cabaran yang mendatang. Dugaan dan cabaran yang datang ini perlu bijak ditukar menjadi perkara yang mampu memberi manfaat terutama sebagai mematangkan kita dalam gerak kerja, bukan lari darinya. Dan yang paling utama, untuk mengelak masalah ini terus berlaku, kepahaman terhadap apa yang kita lakukan termasuklah matlamat yang ingin dicapai mesti pada tahap yang terbaik. Walaupun sudah banyak kali perkara ni diperbahaskan, diterangkan namun kita tetap juga berada pada tampuk yang sama. Bila Pemahaman pada peringkat yang baik dan mempunyai semangat yang jitu, masalah effort tidak akan timbul. Sekali lagi, ungkapan "dari hati" adalah penyelesaiannya.

untuk kita sebagai pemimpin

pikir punya pikir...
ntah la. Ndak tau mau letak apa dlm laman yg baru d lancarkan ini. tp xkan mau biarkan laman ini tanpa sebarang coretan pena hasil tekanan yang dibuat ke atas keyboard. Ziarah demi ziarahan dibuat dari blog sahabat2, kagum melihat kepetahan, kelincahan, aktif mereka dalam merencanakan sesuatu dlm laman mereka. Nak jadi macam dorang, tp masih perlukan banyak masa dan bacaan. Pada peringkat ini, biar saja laman pena yang baru ni lebih kepada informasi dan dan petikan artikel2 yang dikutip dari mana2. nak buat artikel sendiri jugak, tp kemampuan n kudrat yang tergantung di badan sekarang masih belum mampu menyempurnakannya. insyaALLAH akan datang..tunggu saja kemunculannya..hehe.. Namun perlu ada semangat untuk mempin diri ke arah kecemerlangan, macam slogan di PUSKOWILA "Sedia dipimpin untuk memimpin".. Berkaitan dgn artikel kali nie...

utk kali nie, nie dia :
Kepimpinan

Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan.

Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.

Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.

Ramuan Memilih Pemimpin


Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun.

Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih.

Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.

Silap Memilih, Hancur Bersilih

Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.

Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.

Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan.

Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.

"Walk The Talk"

Penghayatan pada bicaranya dan bertindak mengikut bicaranya
kemudian merubah bermula dengan dirinya sendiri. Siapapun kita bila menjadi pemimpin, kaedah ini haruslah dijadikan sandaran yang terbaik dalam melaksanakan “kerja” yang diberi.

Kita haruslah berani untuk menjadi seorang yang mampu melaksanakan perubahan didalam organisasi yang diceburi. Bekerja di atas dasar “tradisi” membuatkan organisasi berada di tampuk yang lama. Statik dan susah berubah.

Berubah merupakan kunci yang cukup-cukup penting dalam sesebuah kepimpinan, ia juga merupakan salah satu perkara yang harus diambil kira oleh mereka yang dipimpin untuk merubah pimpinan yang benar-benar berjaya. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.

Sejarah Satu Pengajaran

Sejarah mendidik kita untuk jauh menilai sesebuah kepimpinan itu dengan lebih matang dan terbuka. Walaupun hanya diperingkat bawahan, namun nilai dan pengajaran dalam sejarah kepimpinan harus diambil kira dan dihayati.

Sejarah membuktikan keberjayaan sesuatu bangsa dan negara itu bukanlah hadir semata-semata kerana kemajuan dan kemodenan semata-mata, namun sikap moral dan sosial sesebuah bangsa yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berprinsip teguh yang menjadikan negara itu maju dan berjaya.

Apabila Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dipilih menggantikan tampuk pemerintahan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar berucap di tengah-tengah rakyatnya .
“Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik di antara saudara. Sekiranya saya berbuat baik, berikanlah pertolongan kepada saya, dan sekiranya saya melakukan kesalahan, betulkanlah kesalahanku itu. Ikutlah saya selagi saya menuruti perintah Allah dan Rasulnya, dan sekiranya saya mengingkari (perintah) Allah dan Rasulnya, saudara sekalian tidaklah patut taat kepadaku lagi.”


Konsepnya cukup cantik dan sempurna. Rendah diri dan berpegang pada prinsip membuatkan pemimpin itu disegani rakyat dan disayangi, dek kerana keluhuran budi yang pemimpin itu miliki, negara yang asalnya “ARANG HITAM” bisa bertukar menjadi “BERLIAN MEWAH”.

Kita selusuri pula sejarah pemerintah-pemerintah yang digulingkan rakyat, semuanya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan yang pemimpin itu sendiri tidak mampu selindungkan, dinaikkan hanya kerana kerana nama serta dilantik hanya kerana kemahsyuran, bukan pada prinsip, idea dan perjuangan demi rakyat.

Betapa hinanya Ferdinand Marcos di Filipina yang digulingkan melalui “kuasa rakyat” kerana kesilapannya menjadi pemimpin, beliau “diratah” rakyatnya kerana membencikan beliau dan inilah juga caranya Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya setelah dipaksa oleh protes popular rakyat Indonesia begitu juga kisah maharaja Syah di Iran yang dijatuhkan takhtanya akibat revolusi rakyat Iran, semuanya kerana apa?

Tanpa prinsip dan kebijakan bersosial, siapapun boleh jatuh. Kini kita sudah jauh dihadapan, warga muda haruslah memandang jauh kehadapan. Kualiti pemikiran kita yang benar-benar matang merupakan ukuran asas untuk kita menentukan dunia masa akan datang. Segala terletak di tangan kita dan di AKAL FIKIRAN kita. Tiada manusia yang sempurna, namun tidak salah mempelajari kesempurnaan. Sekadar sumbangan fikrah untuk

kini sudah bermula pengembaraan pena ku

syukur alhamdulillah akhirnya blog kepunyaan ku sendiri telah berjaya dilancarkan setelah sekian lama menginginkannya. Kekangan waktu dan masalah tertentu menyebabkan niat tersebut terbantut. Kemunculan insan bernama Ahmad Bob telah membantu dalam pelancaran yang julung2 kali nie. Syukran jazilan kepadanya. Semoga kehadiran blog ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain dan diri sendiri untuk hari ni, esok dan akan datang.

14:55pm - Hasli? Pancit tayar motor??

handphone berbunyi menandakan massage masuk.. rupanya massage dari Amir kesayangan.

'Salam. Hadi ada d mana ko. ambik ana d jln mau ke bndr tu. dr tokong. pancit tayar mtor adzmin. ana tunggu d cna ya."

macam mn nak pegi...aduh..xda kenderaan nie..erm....xpa akan diusahakan... misi menyelamat bermula ..........

Album Kompilasi Nasyid BESTT 2009 Zad Al' & Wirdani


Selamat Datang ke ZAD' AL FREE ZONE !!!
 
© 2009 - Kembara Hamba Munuju Redha | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top