Demonstrasi PULIH...

Assalamualaikum wbt...
salam perjuangan dan kaish sayang...

Ya ALLAH..
HambaMU ini kadangkala dan serinkali melupaiMU...
Seringkali membelakangiMU..
Ampunkanlah kami ya ALLAH..
Berilah petunjuk dan hidayahMU kepada kami...
Dalam mencorak variasi perjalanan perjuangan
Membantu menegakkan agamaMU..
Kami yakin dengan janjiMU ya ALLAH...


Minggu pertama bulan ketiga tahun ini telah menjelmakan sebuah contengan dan lukisan buat semua anggota masyarakat UMSKAL. Demontrasi berganda telah berlaku dalam tempoh 24 jam. Desakan mahasiswa telah menyebabkan kesatuan hati dikalangan semua mahasiswa yang berada di UMSKAL sekaligus mendatangkan kegusaran pihak terbabit.[link]

Secara realiti yang mampu dilihat oleh semua mahasiswa adalah kemampuan pihak berwajib yang boleh bertindak tidak menjalankan tugas dengan baik. Semua boleh nampak dan lihat. Hasilnya... mahasiswa sedar dan bangkit menyatakan hak masing-masing..

Sedikit tatapan semasa demontrasi berlangsung..








Tahniah dan teruskan perjuangan saya ucapkan kepada semua mahasiswa UMSKAL. Kesedaran kita dalah untuk saling membantu bukan saling menjatuh. Saya secara peribadi akan bersama kalian semua. teruskan perjuangan.

Salam Maulidur Rasul 1431H



Pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk rasulullah,
Baginda masih lagi bangun dan berdiri
diwaktu-waktu sepi malam...
terus menerus beribadat..
hinggakan pernah baginda terjatuh
lantaran kaki yang sudah bengkak-bengkak...

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung,
menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi..
Bila ditanya oleh Sayyidatina Aisyah,:

"ya Rasulullah,
bukankah engkau tekah dijamin syurga?
Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak,

"ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?"

"sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang ersyukur."

Semoga kita semua selaku umat nabi Muhammad S.A.W dapat bersama-sama menghayati hari kelahiran insan agung ini. Mari kita berdoa agar ini menjad batu loncatan untuk kita semua menjadi yg baik kepada yang lebih baik dan kepada yag terbaik, dan kita juga menyimpan harapan agar dipadang masyar kelak baginda mengaku kitalah umatnya.. Ameen...

"Ya Rasulullah, kami rindukan kasihmu..."

Bersamamu Palestine...







Semoga kita semua bersama terus tsabat dalam perjuangan..TAKBIR!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!

Metodologi Daie 2

AKTIVITI WAJIB DAIE : PROGRAM ANJURAN NABI SAW



ENAM HAK MUSLIM
Hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada enam:
Apabila engkau berjumpa dengannya, berilah salam kepadanya.
Apabila ia mengundangmu, penuhilah undangan itu.
Apabila ia meminta nasihat padamu, nasihatlah dia.
Apabila ia bersin lalu memuji Allah (membaca Alhamdulillah, maka doakanlah ia olehmu (yarhamukillah = semoga Allah memberi rahmat kepadamu)
Apabila ia sakit, ziarahilah dia, dan
Apabila ia meninggal dunia, maka iringkanlah dia.

JIKA BERTEMU BERILAH SALAM
Mengucap salam langkah pertama.
Lebih mantap jika diikuti dengan berjabat tangan.
Ucapan salam mesti disertai dengan perasaan cinta, senang, wajah yang berseri agar fungsinya akan tewujud.
Saling memperkenalkan diri, nama, pekerjaan, tempat tinggal.
Tapak dalam tahap awal berdakwah.

JIKA TIDAK KELIHATAN , MAKA CARILAH DIA
Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus bertanya khabar tentang keadaannya, atau menghubunginya, baik lewat telefon/sistem pesanan ringkas (sms) ataupun surat.

JIKA SAKIT JENGUKLAH DIA
Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang; gembira, sakit, sedih dan setiap keadaan dan situasi perlu disikapi dengan sikap Islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, anda harus segera menjenguknya, memberi ketenangan dan mendoakan kesembuhannya. Dan sangat baik untuk membawa hadiah yang sesuai.

JIKA DIA MENGUNDANGMU MAKA PENUHILAH
Selepas melewati tahap di atas, hubungan semakin erat. Sahabat anda akan menghadapi keadaan penting seperti naik pangkat, pernikahan, mendapat cahaya mata, lalu dia mengundangmu. Anda harus memenuhi undangannya kerana ia merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa anda harus rencanakan sebelumnya, serta sebaliknya.

JIKA DIA BERSIN DAN UCAP ALHAMDULILLAH , JAWABLAH YARHAMUKALLAH
Duduk bersebelahan dengan orang belum dikenal di suatu tempat, baik perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri dan berdoa. Tentu hal ini akan menjadikan dirinya istimewa dan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.

JIKA DIA MENINGGAL DUNIA MAKA HANTARKAN KE TEMPAT PEMAKAMANNYA
Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggalkan dunia dan dikubur?
Pada hakikatnya, menghantar orang lain ke tempat pemakaman adalah menghantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran dan merenungnya.
Ini sebuah Rasulullah saw, yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum muslimin.
Jika sebelumnya anda dapat mengenal peribadi yang meninggal dunia, maka sekarang anda menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang bertakziah ke rumahnya. Membuka peluang berkenalan dengan ramai orang hasil satu kematian.



Melakukan Segala Kebaikan
“Berbuat baiklah kerana Allah, nescaya kebaikan itu kembali kepadamu di dunia mahupun akhirat”
“Jika kamu letih kerana melakukan kebaikan, keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal”
Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil.
Kekuatan yang dapat membantu daie bersabar dan istiqamah.
Ia merupakan motor yang tiada hentinya bergerak membersihkan jiwa dan hati daripada pelbagai kekotoran.
Menyingkirkan duri di jalan.
Menolong orang yang buta dan tuli.
Menunjukkan orang yang kebingungan.
Menolong orang yang lemah.

PENAMPILAN SEORANG DAIE
Cara bertutur dan personaliti; pendakwah ialah pegawai pemasaran hasil produksi yang semestinya penampilan menarik dan kualiti produk(produk kita terbaik : Islam daripada Allah)
Dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan pola berfikir yang tercermin dalam akhlak, keperibadian dan penampilan.
Imam Hasan al Banna pernah ditanya: kenapa anda tidak menyusun buku?. Jawabnya: “Tugas saya bukanlah menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali yang mahu membacanya. Lain halnya mencetak peribadi muslim, dia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ ke mana pun dia berjalan,itu adalah dakwah”.
Daie merupakan utusan kepada jemaah, hendaklah dia senantiasa berpenampilan baik dan mulia.
“Keberhasilan sebuah misi akan bergantung pada si pembawa misi tersebut”
Kisah Mus’ab bin Umair ….. Dalam kisah beliau dengan Usaid bin Huhair
“Demi Allah, kami sudah melihat pancaran cahaya Islam, sebelum dia berkata dengan wajah yang ceria”

MELAFAZKAN CINTA KASIH
Dari Anas ra. Bahawa ada seorang lelaki berada dekat Rasulullah saw lalu ada lelaki lain berkata “Ya Rasul, sungguh saya mencintai orang itu”. Rasulullah bertanya “Adakah kamu sudah memberitahunya”. Jawabnya “Belum”. Nabi bersabda “Beritahukan kepadanya.” Lelaki itu mendekatinya dan berkata “Sungguh aku mencintaimu kerana Allah swt”. Lelaki itu menjawab “ Mudah-mudahan Allah yang kerana-Nya engkau mencintai aku mencintaimu.

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia mencintai Usamah bin Zaid (HR Bukhari)
Taujihat Nabawiyah: Islam tidak menutup pintu kasih sayang dan cinta, tetapi membersihkannya daripada tradisi jahiliah menjadi taman yang indah “cinta kerana Allah”. Kata-kata ini menghiasi hari-hari kami dalam lisan dan tulisan.



DOA DAN SABAR
Rasulullah pernah berdoa “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan satu antara dua orang yang Engkau sukai: Umar bin Khattab atau Amru bin Hisyam”.
Tidak mudah bagi seseorang melangkah kepada orang lain tanpa adanya suatu alasan. Oleh sebab itu, harus direncanakan dengan matang dan melalui perantara yang lebih dekat dari segi tsaqafah dan umurnya.
Dakwah adalah seni, bersabar dalam berdakwah adalah jihad
“Hidayah dan petunjuk Allah tidak akan meresap ke dalam jiwa manusia sekaligus, malah ia memerlukan masa, pengawasan dan tenaga yang dikorbankan sehingga usaha-usaha itu mendatangkan hasil dengan izin Allah………..memerlukan kesabaran”Ustaz Fathi Yakan, Konsep penguasaan

NERACA USRAH YANG BERJAYA.
Sejauhmana dapat meningkat kefahaman dan kesedaran Islam.
Sejauhmana dapat meningkatkan kerjasama-ta’awun تعاونdalam menghayati Islam.
Sejauhmana dapat menumbuhkan “masuliyyah fardiyyah” – مسؤولية فردية

Yang salah itu bahasa
Yang benar itu erti
Yang susah itu kerja
Yang senang itu bakti
“ Jadikan usrah sebagai medan untuk berbakti kepada agama tercinta”

Metodologi Daie..

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :
DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI



Ruh Ibadah
Islam adalah agama “misi dan dakwah”.
Peranan sosial dan dakwah.
Mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan mencelupnya dengan warna Islam; secara teori dan praktis.

Kapasiti Daie
Kemampuan ilmu, kecekapan dan keteladanan.
Mampu memahami rahsia jiwa seseorang, mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.
Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat.
Memiliki kemampuan “indra ketuhanan”; menarik simpati hati, menyatukan jiwa dan berinteraksi dengan gerakan dakwah.

Perbaiki dirimu !
Wujudnya peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya.
Pengorbanan para daie ; harta, tenaga dan waktu.
Perhatian kepada ; memberi uswah hasanah, menampilkan gambaran nyata tentang islam, pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dengan metod tadarruj.

Tugas Daie
Tugas pegawai elektrik; mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.
Tatkala ingin memikat hati mad’u ; anda adalah daie ; bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali bukan qadi.
Tatkala berdakwah ; anda sedang memberi hadiah dan pertimbangan anda ; hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana cara memberi ?

Rintangan Dakwah
Permasalahan yang muncul dari dalam dirinya ; orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi sesuatu!
Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya masuk. Manusia yang hatinya terkunci; bagaikan pintu grill besar dan kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Persoalannya : Kembali kepada kemampuan daie !
Potensi daie secara ruhiah, kecekapan membuat program (tidak formal), serta kesabaran dan ketahanan dalam mewujudkannya.
Selayaknya seorang daie membuat program dan langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.

Daie perlu memberi perhatian kepada…….
Celah-celah kebaikan yang ada pada mad’u kemudian memupuknya…. sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mampu bangkit berdiri melangkah ke jalan Islam.

Daie yang paling sukses: Pendidik
Menghayati hati dan pola pemikiran pelajar, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“ Untuk mencapai kejayaan dalam usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka; tidak bermuamalah dengan mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Daie yang paling sukses: Doktor
Menghapus penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang sesuai.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
DOKTOR – PESAKIT
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat Muslim



QUDWAH HASANAH
“Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Perilaku dan keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan siaran TV tanpa kabel; daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang ; tidak akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati orang lain.

LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap kasar”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”
Al-Imran ; 159

“EYE CONTACT”
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

PANDANGAN KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadis
Pandangan sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.
Mata adalah sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seorang yang penuh kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti”.
KISAH KAAB BIN MALEK RA
“Kaum muslimin memulaukan kami selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan muka.”
Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan rahmat kehidupan.

“PANCAINDRA”
Pancaindra merupakan bahagian “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie hidup di dunia tidak nyata.

“HATI”
Daie ibarat “qalbu”(hati), maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.
Hati yang beriman adalah sumber penggerak.
Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.
“Bahasa” ini ibarat mata wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.
Dengan bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah “lentera” kehidupan.
Daie yang tidak mengingat, merasakan dan terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.



KARAKTER MANUSIA
1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah. – urutan pertama.
2. Berperilaku dengan akhlak asasiyyah. – urutan kedua.
3. Berperilaku dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.
# Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini.

DAKWAH FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani;mendekati salah seorang daripadanya; bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu. Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.

MENGHAFAL NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat percaya sesama individu.
Langkah awal dan “benang” pertama yang mengikat antara hati individu yang berserakan.
Setiap orang tentu berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling disukai.

“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” HR Ad-Dailami

Usrah 2 :

Apa Ada dengan cinta kita berusrah? ( Sejarah Usrah)

Pada peringkat awal permulaan da'wah Islamiyah, RasuluLlah SAW yang telah bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.

Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da'wah yang dilakukan adalah da'wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.

Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur'an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn).

Dalam konteks tersebut, RasuluLlah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.

Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh RasuluLlah SAW: "Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)..." (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M.

Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus bernama usrah.

Usrah (baca: keluarga). Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga (baca: usrah) yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya (baca: naqib) umpama seorang bapa. Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa untuk menjaga kebajikan ahlinya, seorang syeikh dalam memberi pengisian ruhiyah, seorang ustaz di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan seorang qiyadah di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.




Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk memndidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi "tegar". Dan perkara ini hanya akan terhasil setelah menepati rukun-rukun usrah yang ada: (1) Ta'aruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah hingga sampai tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut, (2) tafahhum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya, dan (3) takaful, lalu memenuhi seruan Rasul; "Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan".

Akhirnya, usrah yang berkesan itu adalah usrah yang mendapat partisipasi dari hebat dari ahlinya di samping bimbingan dan panduan yang mantap dari naqibnya. Tanpa kedua-dua ini, tidak mungkin wujud usrah yang muntijah.

Fikir-fikirkanlah apa yang patut dibuat...

Semalam???

Assalamualaikum wbt...
Salam perjuangan dan kasih sayang...

Ya ALLAH ya Tuhan kami,
Lapangkan bagi kami dada kami,
Dan mudahkan bagi kami tugas kami,
Dan lepaskanlah simpulan dari lidah kami,
supaya mereka paham oerkataan kami..
Ameen....

Setelah berakhirnya pengembaraan kemuncak gerak kerja PRK yang lalu, sekarang merupakan kerja pemfokusan kepada gerak kerja yang baru dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Selepas nie ada festival Kebudayaan Islam UMSKAL dan Biro pembangunan Remaja PSS menunggu dengan pelbagai komitmen yang diperlukan. InsyaALLAH dalam masa terdekat nie mohon doa sahabat2 sekalian agar pembentukkan Kelab Remaja Ukhwah Labuan dapat dilaksanakan dalam usaha membantu melahirkan penggerak dakwah baru di Labuan ini.

Mungkin kali nie hanya secebis tatapan kerana mmg sekarang otak kurang berfungsi sangat. Tapi hajat nak posting kuat sangat, takut2 nnt tangguh hilang plak rasa tu walaupun mungkin perkongsian dalam nie hanya berdasarkan perjalanan hidup yang dilalui setiap hari..

Kali ini, tatapan lagu santapan telinga yang mengigatkan tentang semalam yang perlu diingat untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Khas juga buat adik2, bersama menuju kebaikan dan pemantapan gerak kerja dengan semalam yang tersu memberi semangat...



Semalam......

Usrah 1.

AL-WASILAH DAN KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIAH

Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.



Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus, konsep ‘amal jama’i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).

Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.



Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

dia @ dia @ dia?

Assalamualaikum wbt...
Salam perjuangan dan kasih sayang...

Ya ALLAH..
jadikan kami termasuk dalam golongan orang2 yang sentiasa ingat kepadaMU,
sentiasa bersyukur kepadaMU, sentiasa takut padaMU, sentiasa taat padaMU,
sentiasa kasih mesra kepadaMU dan sentiasa merayu dan berserah kepadaMU...
Wahai Tuhan kami...
terimalah taubat kami dan bersihkanlah dosa kami...
perkenankanlah doa kami dan teguhkanlah hujjah kami...
Ya ALLAH...
kurniakan hidayah kepada hati kami, dan kesaksamaan kepada lidah kami, dan hapuskan persaan dendam dari dada kami...
Ameen...


Malam ini seolah-olah ada benda yang terpacak di mata yang menghalang ianya tertutup.. langsung tidak terasa pun kehangatan tidur seperti malam sebelum ini. Entah kenapa kenapa fikiran terlalu celaru, hingga saya sendiri tidak tahu sedang memikirkan apa. Ini mungkin kesan kurang kebergantungan kepada ALLAH. kurangnya masa yang diberikan untukNYA...ya ALLAH,ampunkanlah hambaMU ini...selalu melupakan MU dalam banyak perkara.

Mungkin juga kerana memikirkan kerja yang bakal didepani selepas ini. kira punya kira, lebih dari 5 jugak program besar yang perlu disettlekan. tp itu dianggap sebagai medan latihan untuk mengajar diri ini berada pada lapangan susah..dan medan mendidik diri dan jiwa agar meletakkan setinggi kebergantungan pada ALLAH agar lebih rapat dan dekat dengan ALLAH. Hikmah dikurniakan semua ini adalah untuk menjadikan diri hamba ini meletakkan pada tempatnya agar terus beringat dan berusaha menjana kematangan pemikiran dan gerak kerja.

sahabat sekalian, mungkin ada yang tertanya tentang status YM saya.. Maaf dipohon dahulu sekiranya menimbulkan spekulasi dan pelbagai tafsiran terutama sahabatku Abdillah.. penjelasan khusus tidak dapat saya ceritakan, bila masanya tiba akan tahulah juga jawapannya. Namun, itulah salah satu yang menjadi kerunsingan besar yang melanda diri sekarang. InsyaALLAH, semuanya akan selesai segera. apa yang boleh saya katakan, ini melibatkan masa depan dan semua kita perlu lalui..maaf sekali lagi untuk segalanya..saya mohon tunjuk ajar yang ada banyak kesilapan..
dan insyaALLAH keberatan nie xkan membawa saya ke dalam stress yang di alami orang yang dlm video ini...hehe




Abdillah, teruskan usaha..apa2pun, ini mungkin sekadar ruangan luahan semata. Desakan hati memaksa untuk mintanya dikeluarkan walaupun hanya sedikit. Mungkin akan datang perkara ini dapat dirungkai dan dihurai malah diazhirkan dengan lebih telus dan terus..Akhir kata, teruskan perjuangan mennghdapi kesusahan..

"Cahaya Oren" di UMSKAL

Assalamualaikum wbt..
Salam perjuangan dan kasih sayang...

Ya ALLAH ya Tuhan kami,
bimbing dan pandulah kami pada landasan perjuangan jalan MU yang sebenar,
bantulah kami untuk terus berdiri, duduk, baring, berjalan pada landasan perjuangan ini,
terangkanlah landasan perjuangan ini dengan nur hidayahMU,
jangan ya ALLAH,
Engkau biarkan jalan itu gelap yang menyebabkan kami terkapar2 mencari haluan...
Hanya kepadaMU kami bermohon, dan hanya Engkaulah sebaik2 penolong...
Ameen....




Alhamdulillah, 28hb januari 2010 yang lalu telah mengukir sejarah kebangkitan Pro-Mahasiswa di UMSKAL. Kemenangan Pro-M ni telah mencetus revolusi perjuangan baru dalam kepimpinan MPPUMSKAL yang dikuasai. Semua wakil Pro-M telah berjaya dalam pertandingan yang berlangsung dalam PRK. Ini wajah2 pemimpin Pro-M yang tampil memperjuangankan hak kebajikan mahasiswa kali ini.




Lebih manis, PRK kali nie telah mencatat sejarah baru dan memecahkan rekod undi yang pernah dicapai sebelum ini dalam PRK UMSKAL. Buat pertama kalinya dalam sejarah UMSKAL, kerusi umum dimenangi oleh mahasiswi yang diwakili oleh wakil Pro-M iaitu saudari Nurul Aida, yang mana beliau juga berjaya ,memecah rekod undian terbanyak dengan 1 017 undi yang diperolahi.




Kabinet MPP UMSKAL kali ini adalah:

Naib Presiden KAL : Herry Anto Hasanuddin
Setiausaha Kehormat : Nurul Aida Abd Aziz
Exco 3K : Paezah Andilala
Exco Latihan & Kepimpinan : Khairul Bariyah Mohd Shukori
Exco Akademik & Kerjaya : Alex (bukan nama sebenar)
Exco Perpaduan Nasional : Tan (bukan nama sebenar)


Semoga kemenangan kali ini menjadi satu batu loncatan kepada kita semua agar terus lebih kuat bekerja dan semangat menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil..
saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua MPP UMSKAL sesi 09/10. Ini merupakan taklifan tanggungjawab yang memerlukan antum semua bekerja lebih proaktif dan produktif.

Hidup hidup mahasiswa
bangkit bangkit mahasiswa
student power!!!
"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Selesai PRK, banyak yang yang perlu diteruskan...bagi saya, 1,2,3,4,5,6,..... lagi yang menanti untuk diselesaikan... teruskan perjuangan...

"No related" -say Abdillah

Assalamualaikum wbt...
Salam perjuangan dan kasih saying...

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sempurnakanlah keagamaan kami (ketaatan),
Sempurnakanlah pemberian nikmat Mu kepada kami,
Wahai Tuhan kami,
Jadikan kami hamba yang bersyukur,
Dan jadikanlah kami hamba-hamba yang murah hati...
Ameen...

Sekadar perkongsian untuk tatapan sahabat2 semua. Suasana Pilihanraya Kampus di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Dalam menempuh perjuangan disaat kritikal PRK ini, pelbagai rintangan dan masalah yang menimpa team Pro M. Termasuklah pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL, saudara Mohd Abdillah Matlin yang terpaksa menggunkan tongkat kerana mengalami "kerosakan" pada kaki.




kita doakan semoga beliau dapat disembuhkan dengan cepat. Ini adalah paparan yang sempat diambil dalam gerak kerja menuju hari kemuncak PRK pada 28hb Januari 2010.












semoga segalanya dipermudahkan..teruskan perjuangan..

Logo Pro Mahasiswa UMSKAL yang baru..update punya...



Nantikan gelombang kebangkitan Pro Mahasiswa di UMSKAL.."Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Pilihanraya Kampus.. Telus?

Assalamualaikum wbt...
Salam kasih sayang dan pejuangan..

Ya ALLAH, Pelihara diri kami dengan agama Islam semasa kami berdiri, dan pelihara diri kami dengan Islam semasa kami duduk, dan pelihara diri kami dengan Islam semasa kami tidur. Ya Tuhan kami, kami bermohon kepadaMU segala sesuatu yang boleh mendaptkan rahmatMU dan segala keazaman untuk mencapai keampunanMU. Ya ALLAH, kami bermohon keselamatan dari segala dosa, dan mendapat kejayaan mendapat segala kebajikan, dan kejayaan mendapat syurga, dan keselamatan dati api neraka.. amen..

Permulaan yang sangat sibuk dan berkemungkinan akan berterusan ke akhir semester. Banyak hal yang perlu di'handle' bagi memastikan semua berjalan lancar dan yang paling penting perjuangan di kampus dapat terus subur menuju kemuncaknya,
ameen. Namun itu bukan penghalang untuk jadi lemah yang menyebabkan kepada keluhan dan penyisihan diri *nauzubillah min zalik* sebaliknya ianya boleh dijadikan pemangkin kepada pemacuan dan kematangan perjuangan dalam menuju medan perjuangan yang sebenar siap menanti dengan mehnah dan tribulasi yang meruntun jiwa untuk terus tabah mengharungi segala. Dengan adanya perasaan 'bersama' rasa berat tidak akan terasa. Bahu membahu dalam keadaan apa sekalipun. Sebagai orang berjiwa pejuang, kita perlu sedari dan ingat bahawa kesusahan dan kesempitan yang dihadapi merupakan nikmat dan kurniaan daripada ALLAH SWT sebagai tarbiyyah terus untuk kita terus melangkah dalam perjalanan dakwah ini. Dedikasi khas untukmu sahabat2ku, Sharul, Boy, Haq, Surtie, kims, Abdul, Alma, Qats, Nads, aishah, cenns, kaklong, azie, tirah, ikin, adik2, abg2 seakidah semoga kita dapat istiqamah dan tsabat dalam perjuangan sehingga akhir helahan nafas dan semoga ALLAH SWT merahmati kalian, keluarga, saudara kalian semua.

Kenikmatan mulai terasa, perjuangan hampir sampai ke Pilihanraya Kampus (PRK) yang menjadi medan semua mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) memilih pemimpin pelajar yang mampu membawa suara, harapan dan juga kebajikan mereka. Bahkan mungkin lebih dari itu. Pemimpin yang diinginkan merupakan pemimpin yang mampu membawa suara dan keluhan mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi agar permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.



Mungkin ramai yang menyedari dan ramai juga yang tidak sedar, PRK memungkinkan kehadiran calon2 yang membawa stand Pro Mahasiswa, aspirasi bahkan ada juga yang bertanding bebas. Secara peribadi, saya berdiri bersama Pro Mahasiswa dalam membantu memperjuangkan hak dan harapan mahasiswa UMSKAL yang semakin terhimpit dengan bermacam masalah. Untuk maklumat lanjut berkaitan Pro Mahasiswa UMSKAL, sila layari http://promahasiswa-umskal.blogspot.com. Apa yang paling penting dan utama adalah tanggungjawab apabila memegang tampuk pemerintahan. Coraklah system dan cara@style pemerintahan sendiri, namun perlu diutamakan adalah kebajikan dan harapan mahasiswa yang menjadi landasan perjuangan seterusnya menuju mendapatkan redha ALLAH SWT. Berkesempatan bertemu dengan sahabat2 dan adik2 yang sempat menghadiri majlis “MPP bersama Mahasiswa”, menggambarkan satu perkembangan yang baik dalam proses ke arah kehidupan kampus yang tidak lagi lesu. Majlis yang didatangi mahasiswa yang memberi mandat kepada wakil mereka telah menyatakan pelbagai rasa, termasuklah kemarahan terhadap saudara Azrul, Presiden MPP 08/09 yang dikatakan tidak melaksanakan tugas sebagai seorang Presiden. Alhamdulillah perjuangan dan usaha MPPUMSKAL yang membawa stand Pro Mahasiswa telah mendapat simpati dan sokongan yang padu terutama hal berkaitan isu air yang telah berjaya dibawa ke peringkat Perdana Menteri walaupun menerima kecaman untuk dikenakan tindakan tatatertib. Semoga semua mahasiswa dapat menilai semua aspek sebelum memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin yang mereka inginkan terutama dalam memperjuangankan hak mahasiswa. Hidup Pro Mahasiswa!!!



Semoga perjalanan PRK kali ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang campurtangan pihak2 lain. Fokus yang ingin diperkatakan adalah system undian elektronik (e-voting) yang terserlah ketidaktelusannya. Kenapa timbul perkataan tidak telus? e-voting merupakan system yang dikawal oleh manusia dan system mampu saja dimanipulasi tanpa pengetahuan calon dan semua mahasiswa. System juga boleh dikawal jauh dari tempat pengundian kerana menggunakan system elektronik. Jadi, boleh sahaja pemenang ditentukan mengikut apa yang dikehendaki oleh sesetengah pihak. Kita tidak tahu dan kemungkinan berlaku adalah besar. System pilihanraya sebegini merupakan sistem yang tidak boleh digunapakai kerana undi adalah RAHSIA. Di Negara maju mana pun, sistem undian manual tetap menjadi pilihan kerana sistem ini memang tidak boleh pakai dan langsung tidak telus. Diharapkan sedikit penerangan ini mampu menyedarkan kita di peringkat mahasiswa dan semua yang berpeluang membaca blog ini, demokrasi dalam PRK semakin tercalar dan mampu diseleweng dengan sesuka hati. Kembalikan hak demokrasi!!! Bantah e-voting!!! Jangan berselindung disebalik perkataan “memudahkan”!!!

Akhir pena kali ini, saya mendoakan agar semua terus didalam rahmat hidayat ALLAH SWT. Semoga apa yang diperkatakan adalah hikmah yang ALLAH kurniakan untuk hambaNYA yang sentiasa lemah ini dan semoga terpandu ke arah kebaikan bersama dan menjadikan kita berada pada landasan tanggungjawab sebagai manusia yang sentiasa beringat antara satu dengan yang lain. Sebagai penutup, firman ALLAH dalam al-Quran surah Ali-Imran ayat 104 yang menyeru kita untuk melaksanakan kebajikan dan menunaikan tanggungjawab didunia sebagai umat yang bertaqwa. Semoga kita tergolong dalam golongan yang ALLAH katakan.

“Dan hendaklah diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan”.

(Surah Ali-Imran :104)

Senyum dan teruskan

Assalamualaikum wbt....
salam kasih sayang n perjuangan...

"entah mengapa sejak kebelakangan nie rasa tertekan"ujar seorang sahabat.
"biasalah tu tekanan. klu xda tekanan mana best, betul kan?yang penting perlu ingat, kita bergerak bukanbersendirian,sahabat2 ada utk membantu dan bersama2. jgn pernah rsa sendiri kerana yang paling penting ALLAH tetap berada melindungi." balas ku.
"insyaALLAH" dia spontan menjawab.
"kita teruskan pacuan perjuangan ini. mendapatkan redha ALLAH."
"ya"
"Takbir!!!"
"Allahuakbar"

Teringat kata2 seorang sahabat sebelum nie,"dalam susah terselit kesenangan". Besar makna yang diberikan itu, n saya setuju bahkan mungkin semua juga setuju. namun bila kita rasainya sendiri seolah2 kesenangan yang dikatakan sudah hancur ranap. yang hanya dirasai hanya kesusahan semata. Inilah masalah yang selalu kita semua hadapi, termasuk diri saya yang tisak terlepas dari rasa ini. dan ini jugaklah ruang yang diambil syaitan dan iblis untuk memecah belahkan dan timbullah pelbagai masalah. masalah hati, nafsi-nafsi, itulah, inilah....

Namun, perkara dan masalah serta kesusahan yang kita hadapi ini merupakan satu tarbiyyah terus daripada ALLAH SWT untuk hamba2NYA...hadith nabi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud;

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka
ditimpahkan musibah atasnya"

ini sudah cukup menampakkan bahawa kesusahan yang kita alami bukan hanya sekadar kesusahan yang menyebabkan kita rasa tertekan dan sebagainya. Firman ALLAH SWT :

"Hai orang2 beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada ALLAH, supaya kamu
beruntung."
(surah Ali-Imran :200)

Buka hati,tanya iman. jadi sahabat sekalian, kesusahan yang kita alami adalah suatu proses ke arah kematangan terutama dalam gerak kerja. kita perlu berani mendepani dan menghadapi agar terus terbina kekuatan dalam diri menghadapi hari muka yang mungkin lebih beronak duri. satu kunci untuk kita hadapi semua ini...
Hanya kerana ALLAH...
bila kita betul2 hadam..bila kita betul paham...insyaALLAH, kita akan redha dan punya kekuatan terus mengharungi rintangan dan senyum menghadapinya..
Khas buatmua sahabat sahabiahku....Semoga tsabat dalam perjuangan..


Taklukan pemikiran oleh "Gaban"



Cerita yang pernah menjadi fenomena dan menakluk pemikiran kanak2 dan juga remaja pada zaman dulu...

Keberjayaan ini habis menjadi titik tolak kepada kita utk terus berpikir mencari alternatif utk menguasai takuk masyarakat sekarang...hakikatnya kita mmg boleh, cuma kekangan yang tertentu telah menyebabkan lambatnya keberjayaan tersebut utk dicapai..
orang jepun yang xpunya aqidah itu pun mampu buat, apa lagi kita yang mm berpaksi pada alQuran dan sunnah sebagai panduan hidup...jadi,tepuk hati tanya iman..sejauh mana kita mampu beri cebisan2 sumbangan dalam melahirkan masyarakat Islam seterusnya menuju ke arah matlamat yang lebih besar.... tapi mmg best laciter nie...hehe

Paksa Untuk Susah

Assalamualaikum wbt..
salam kasih sayang dan ketulusan...lama sudah tidak menyinggah posting blog nie..bukan disengajakan tetapi kerana kekangan2 yang menyebabkan laman ini seolah terbangkalai..
mungkin malam ini hanya sekadar titipan ringkas, bagi memulakan semula megimarahkan laman ini dan semoga perkongsian yang sedikit ini mampu memberi peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 sekalian agar kita terus terjalin dalam laluan aqidah yang meruntun kita utk terus saling bahu membahu...

"Paksa untuk susah"

banyak pengalaman yang telah dilalui sepanjang berada dalam cuti semester yang lalu..secara peribadi bagi saya, pengalaman yang sangat2 mengujakan... dari permulaan pengembaraan cuti dgn program KISDAH bersama GAMIS, then beraya bersama ayah walaupun hanya dapat berjumpa sehari, sambung SUKMAB di UMS, majlis kahwin makcik boy, meeting dan gerak kerja program, memorandom ke PKM Sabah, khas MLTR, bersama tour Nazrey Johani, RPH Ranau, Pemantapan Aqidah kg. Himbaan,Kundasang, bersama sharul,aril,daus,dll, KRU kundasang, running ke semporna sebab kes kebakaran rumah abang, ISC papar, program minda sedar2 dan lain2....
inilah program yang dihabiskan sepanjang sebulan cuti semester..
terasa sangat seronok dapat bergerak kerja bersama sahabat2...
dan ini semua mengajar kenapa perlunya susah dalam perjuangan..ke arah kematangan, lebih sanggup berkorban, bersungguh2, dan bayak lagi., kerana hakikatnya kita dikurniakan susah untuk kita terus berfikir dan bergerak kerja untuk agama Islam tercinta.... dan yang paling penting letakkan kebergantungan padaNYA, agar senantiasa terpandu dalam memacu perjalanan yang semakin laju..
semoga ini menjadi penguat untuk kita terus bersama dalam perjuangan ini dan semoga dibimbing olehNYA segala kata2..

Wallahua'alam....
 
© 2009 - Kembara Hamba Munuju Redha | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top