OLEH: MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOR
LABUAN 07 November - Persatuan Siswazah Sabah (Cawangan Labuan) hari ini telah berjaya mengadakan Program Ziarah Madani. Program yang disertai kira-kira 8 penggerak PSSL itu diketuai oleh Harieyadi Karminselaku Ketua Rombongan Ziarah Madani.
Antara objektif program tersebut ialah mengeratkan hubungan silaturrahim antara penggerak PSSL bersama para peserta dan ahli keluarga peserta. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga, dapat menunjukkan semangat persaudaraan dan memahami situasi keperluan dakwah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Harieyadi, penganjuran kali kedua Ziarah Madani ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan keluarga para peserta.
"Ziarah Madani ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan kita (PSSL) akan meneruskan program ini dari semasa ke semasa", katanya selepas selesai mengetuai misi rombongan terbabit.
Ziarah Madani yang dianjurkan buat kali kedua ini telah mengunjungi tujuh (7) buah rumah para peserta disamping menghulurkan sumbangan ikhlas daripada PSSL. Turut menyertai ziarah tersebut ialah Ahmad Aminuddin Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja), dan Adzmin Awang (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Kemasyarakatan).
link : http://siswazabahlabuan.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment