Pilihanraya Kampus.. Telus?

Assalamualaikum wbt...
Salam kasih sayang dan pejuangan..

Ya ALLAH, Pelihara diri kami dengan agama Islam semasa kami berdiri, dan pelihara diri kami dengan Islam semasa kami duduk, dan pelihara diri kami dengan Islam semasa kami tidur. Ya Tuhan kami, kami bermohon kepadaMU segala sesuatu yang boleh mendaptkan rahmatMU dan segala keazaman untuk mencapai keampunanMU. Ya ALLAH, kami bermohon keselamatan dari segala dosa, dan mendapat kejayaan mendapat segala kebajikan, dan kejayaan mendapat syurga, dan keselamatan dati api neraka.. amen..

Permulaan yang sangat sibuk dan berkemungkinan akan berterusan ke akhir semester. Banyak hal yang perlu di'handle' bagi memastikan semua berjalan lancar dan yang paling penting perjuangan di kampus dapat terus subur menuju kemuncaknya,
ameen. Namun itu bukan penghalang untuk jadi lemah yang menyebabkan kepada keluhan dan penyisihan diri *nauzubillah min zalik* sebaliknya ianya boleh dijadikan pemangkin kepada pemacuan dan kematangan perjuangan dalam menuju medan perjuangan yang sebenar siap menanti dengan mehnah dan tribulasi yang meruntun jiwa untuk terus tabah mengharungi segala. Dengan adanya perasaan 'bersama' rasa berat tidak akan terasa. Bahu membahu dalam keadaan apa sekalipun. Sebagai orang berjiwa pejuang, kita perlu sedari dan ingat bahawa kesusahan dan kesempitan yang dihadapi merupakan nikmat dan kurniaan daripada ALLAH SWT sebagai tarbiyyah terus untuk kita terus melangkah dalam perjalanan dakwah ini. Dedikasi khas untukmu sahabat2ku, Sharul, Boy, Haq, Surtie, kims, Abdul, Alma, Qats, Nads, aishah, cenns, kaklong, azie, tirah, ikin, adik2, abg2 seakidah semoga kita dapat istiqamah dan tsabat dalam perjuangan sehingga akhir helahan nafas dan semoga ALLAH SWT merahmati kalian, keluarga, saudara kalian semua.

Kenikmatan mulai terasa, perjuangan hampir sampai ke Pilihanraya Kampus (PRK) yang menjadi medan semua mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) memilih pemimpin pelajar yang mampu membawa suara, harapan dan juga kebajikan mereka. Bahkan mungkin lebih dari itu. Pemimpin yang diinginkan merupakan pemimpin yang mampu membawa suara dan keluhan mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi agar permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.



Mungkin ramai yang menyedari dan ramai juga yang tidak sedar, PRK memungkinkan kehadiran calon2 yang membawa stand Pro Mahasiswa, aspirasi bahkan ada juga yang bertanding bebas. Secara peribadi, saya berdiri bersama Pro Mahasiswa dalam membantu memperjuangkan hak dan harapan mahasiswa UMSKAL yang semakin terhimpit dengan bermacam masalah. Untuk maklumat lanjut berkaitan Pro Mahasiswa UMSKAL, sila layari http://promahasiswa-umskal.blogspot.com. Apa yang paling penting dan utama adalah tanggungjawab apabila memegang tampuk pemerintahan. Coraklah system dan cara@style pemerintahan sendiri, namun perlu diutamakan adalah kebajikan dan harapan mahasiswa yang menjadi landasan perjuangan seterusnya menuju mendapatkan redha ALLAH SWT. Berkesempatan bertemu dengan sahabat2 dan adik2 yang sempat menghadiri majlis “MPP bersama Mahasiswa”, menggambarkan satu perkembangan yang baik dalam proses ke arah kehidupan kampus yang tidak lagi lesu. Majlis yang didatangi mahasiswa yang memberi mandat kepada wakil mereka telah menyatakan pelbagai rasa, termasuklah kemarahan terhadap saudara Azrul, Presiden MPP 08/09 yang dikatakan tidak melaksanakan tugas sebagai seorang Presiden. Alhamdulillah perjuangan dan usaha MPPUMSKAL yang membawa stand Pro Mahasiswa telah mendapat simpati dan sokongan yang padu terutama hal berkaitan isu air yang telah berjaya dibawa ke peringkat Perdana Menteri walaupun menerima kecaman untuk dikenakan tindakan tatatertib. Semoga semua mahasiswa dapat menilai semua aspek sebelum memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin yang mereka inginkan terutama dalam memperjuangankan hak mahasiswa. Hidup Pro Mahasiswa!!!



Semoga perjalanan PRK kali ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang campurtangan pihak2 lain. Fokus yang ingin diperkatakan adalah system undian elektronik (e-voting) yang terserlah ketidaktelusannya. Kenapa timbul perkataan tidak telus? e-voting merupakan system yang dikawal oleh manusia dan system mampu saja dimanipulasi tanpa pengetahuan calon dan semua mahasiswa. System juga boleh dikawal jauh dari tempat pengundian kerana menggunakan system elektronik. Jadi, boleh sahaja pemenang ditentukan mengikut apa yang dikehendaki oleh sesetengah pihak. Kita tidak tahu dan kemungkinan berlaku adalah besar. System pilihanraya sebegini merupakan sistem yang tidak boleh digunapakai kerana undi adalah RAHSIA. Di Negara maju mana pun, sistem undian manual tetap menjadi pilihan kerana sistem ini memang tidak boleh pakai dan langsung tidak telus. Diharapkan sedikit penerangan ini mampu menyedarkan kita di peringkat mahasiswa dan semua yang berpeluang membaca blog ini, demokrasi dalam PRK semakin tercalar dan mampu diseleweng dengan sesuka hati. Kembalikan hak demokrasi!!! Bantah e-voting!!! Jangan berselindung disebalik perkataan “memudahkan”!!!

Akhir pena kali ini, saya mendoakan agar semua terus didalam rahmat hidayat ALLAH SWT. Semoga apa yang diperkatakan adalah hikmah yang ALLAH kurniakan untuk hambaNYA yang sentiasa lemah ini dan semoga terpandu ke arah kebaikan bersama dan menjadikan kita berada pada landasan tanggungjawab sebagai manusia yang sentiasa beringat antara satu dengan yang lain. Sebagai penutup, firman ALLAH dalam al-Quran surah Ali-Imran ayat 104 yang menyeru kita untuk melaksanakan kebajikan dan menunaikan tanggungjawab didunia sebagai umat yang bertaqwa. Semoga kita tergolong dalam golongan yang ALLAH katakan.

“Dan hendaklah diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan”.

(Surah Ali-Imran :104)

0 comments:

Post a Comment

 
© 2009 - Kembara Hamba Munuju Redha | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top